Home » » Sihir Pengasih

Sihir Pengasih

Mengikut Ibnu Kathir, sihir bentuk ini adalah berbentuk penarikan isteri terhadap suami agar suami menyayanginya dan serupa juga dengan sihir-sihir lain. Cuma perlu diingat, hadis di atas adalah tertumpu kepada pengasih yang menggunakan pertolongan jin , syaitan dan sebagainya. Perbuatan inilah dianggap syirik. Jika pengasih yang menggunakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa dan zikir-zikir  hukumnya harus berdasarkan pendapat ulama' fiqh. Perkara ini disebutkan sebagaimana di dalam hadis Rasulullah s.a.w. di dalam shahih Muslim yang bermaksud: “Azimat atau jampi dibenarkan selagi ia tidak menjadi syirik.”



Kebanyakan antara faktor yang sering mendorang berlakunya fenomena ini adalah disebabkan sering berlakunya pertentangan dan pergaduhan antara pasangan suami-isteri. Namun begitu, pertentangan ini akan berakhir dengan cepat dan mereka kembali hidup seperti sedia-kala walupun dalam jangka waktu yang pendek.
Perbalahan yang sering terjadi ini membuatkan pihak isteri tidak dapat menahan sabar. Mereka mengambil jalan mudah dengan berjumpa bomoh-bomoh untuk mendapat ayat-ayat pengasih dengan tujuan untuk mengikat kasih sayang suami.
Pada dasarnya hajat mereka baik iaitu untuk menamatkan permusuhan dan percakaran antara mereka, tetapi  mereka menggunakan sihir pengasih untuk ‘mengawal’ suami mereka sehingga membuatkan suami mereka ‘dayus’ yang mana bertentangan dengan ajaran Islam.
Pada kebiasaanya, bomoh akan meminta dari isteri barang-barang kepunyaan suami yang masih mempunyai bau peluh seperti sapu tangan, baju, seluar dan sebagainya. Pakaian yang telah dibasuh tidak diterima. Bomoh juga akan meminta isteri membawa jarum. Jarum itu akan ditanggalkan dan diludah lalu menyuruh isteri tersebut agar menyimpannya di tempat tersembunyi. Kadang-kadang bomoh memberi mereka air yang telah dijampi untuk dicampurkan pada makanan atau minuman suami. Apa yang lebih teruk lagi, kadang-kadang bomoh tersebut meminta najis dan darah haid isteri untuk dicampurkan di dalam makanan atau minuman suami.
Kesan-kesan akibat daripada sihir ini:
  • Suami kadang-kadang akan ditimpa sakit. Ada yang terjadi, suami yang telah disihir menderita sakit selama 3 tahun.
  • Ada juga sihir itu menjadi sebaliknya. suami membenci isteri selepas disihir.
  • Kadang-kadang usaha isteri berjaya mendapatkan kasih sayang suaminya tetapi suaminya pula membenci semua wanita termasuk ibunya sendiri melainkan isterinya seorang.
  • Ada juga kesannya terbalik iaitu suami membenci semua wanita termasuk si isteri setelah terkena sihir.
Pernah berlaku kejadian di mana suami telah mentalakkan (berceraiisterinya setelah terkena sihir. Si isteri  pergi berjumpa bomoh untuk membatalkan sihir tetapi telah terlambat kerana bomoh tersebut telah meninggal dunia.



Firman Allah S.W.T yang bermaksud


"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.." (Surah Al-Jin : 6)

0 komen:

Catat Ulasan

Tuliskan maklumbalas anda disini....